Thursday 22 June 2006

Hari ni hari Rabu

Saya sedang di depan komputer di sebuah ward di sebuah hospital di Sheffield.
Nampak sangat saya takde keje kan, hingga sempat nak menulis entry dalam blog ni.

Saya on call, sat tadi bleep/pager saya berbunyi kata ada fire alert kat renal unit, apa yg seorang SHO dapat buat tentang itu? So saya buat deq la. Lagipun saya takde training dalam fire management. Biarlah mereka yang expert uruskan hal ni.

Saya nak bercerita tentang apa jadi pada saya hari ni.

Cerita 1
Ada patient sorang ni, umur 101 (bulan august ni jadik 102). Opah ni punya la cool. Pendengaran dia agak baik untuk umurnya yang dah seabad tu. Dia berceritakan tentang bagaimana Sheffield kena bom masa world war 1 dulu. Best gak sebenarnya, duduk berborak dengan orang-orang veteran ni, macam-macam cerita boleh didengar. Diagnosis admission dia, adalah chest infection, tetapi selepas cek-cek, bunyi chest dia, saya rasa dia ni ada banyak air dalam paru-paru (pulmonary oedema). Mungkin jantung dia dah tak berfungsi sebagus orang lain. So saya tambah sikit dose ubat yang boleh kurangkan oedema tu. Lepas saya tinggalkan dia, dia ke bilik termenung berjalan menggunakan frame. Balik dari toilet tu, sempat dia menunjukkan beberapa steps menari kat ward's sister. Betapa cool nya opah ni. Tergelak kami melihatkan gelagat dia.

Cerita 2
Selepas lunch time presentation, saya dan member SHO saya yang sorang lagi ke office boss untuk dictate discharge summaries (surat yang akan dibagi kepada family doctor patients' yang dah keluar hospital). Tapi disebabkan, recorder yang saya dapat tu dah habis bateri dan secretary boss saya tu tak tolong carikan bateri, saya pun mintak diri la balik ke ward. Lagipun ada 4 jek set notes yang nak kena buat. Bila saya blah, (ini report dari member saya tu), si makcik secretary ni, mengumpat pasal saya; kata saya too timid (of course ini first time saya jumpa dia, takkan saya nak buat lawak bodoh dah) pastu dia ngomen-ngomen pasal dia tak comfortable dengan orang bertudung. Katanya tudung tu distraction. Apa lagi, member saya tu (orang putih- good practising christian), marah la makcik tu. It's for religious reason!!! (dalam hati dia dok maki-maki makcik tu). Saya berasap gak bila mendengarkan cerita ni. Kalau dia cakap depan2 saya, mau saya report kat boss kata ni racist statement. Tapi, member saya dah bagitau, makcik ni memang rude, sebab dia boleh kutuk member saya tu suruh kurangkan berat badan masa 1st time jumpa (member saya tu agak berisi sedikit). Orang macam ni ada juga yer. Bagi saya, orang- orang yang sebegini adalah orang yang takde ilmu, atau secara bahasa kasarnya, orang yang bodoh!

So, kalau dah diajar pun tak reti, perkembangan terkini di sekitarnya dia tak amik endah (UK dah jadik very multicultural country), biarlah dia dengan kebodohan dia. Saya rasa, opah yang 101 tahun tu jauh lebih cerdik dari secretary boss saya.

Itu saja lah luahkan perasaan.
Sat lagi nak kena review patient.

13 comments:

Kiah Kardashian said...

Dr Faez,

Meh sini nak cili sket mulut secretary tuh. Aper da...tak civilised langsung. Dengki ler tu gamaknyer. Hidup dier dah boring sangat. Hahahah.

Kim salam kat opah kewl tuh..ingat lagik step nak joget eh. Kalakar la.

blackpurple @ jowopinter said...

Sekretari tu bangsa apa dr..?

101 tahun? Jarang orang sekarang boleh capai usia tu dan masih sihat pulak.....

mizzwanda said...

hek ele poyo ja mcik secretary tuh..pantang mcik org duk main2 ngan bab tudung nih hehe

Ajzie said...

Jom kita sama cili dia..Jom Zakiah...

Kaklong Syikin said...

salam.jenguk muka ni :).doakan tesis saya cepat siap..

Unknown said...

Pandai nenek tu jaga kesihatan ye. Panjang betul umur dia. Kena mintak petua ni.

simah said...

menarik jugak opah sorang ni..

Izhal said...

kalau opah 101 tahun tu dengar, sure dia terajang je secrtary yang terovr tak timid tu... member kristian doktor tu baik la... kirim salam kat dia ye... heheh... sama itu opah cool...

Ayu Mohamad said...

ha ahla Faez kene mintak petua kat nenek tuh dia happy jer.ade jugak org berfikiran kolot kat UK yg maju tuh yer :P

KAMATO said...

101 tahun masih kuat, mesti opah ni jenis happy good lucky...

anita kema said...

kui..kui...
saya dah ckp dah...lagi lama kita dok kat sini, lagi terserlah ke'kurangan' kebijakkan (habis la bm fail..) omputeh ni.
balik m'sia nanti, sesapa yg lebih2kan sgt deme ni (ada ramai kan..) patut ditolak masuk ke longkang ajos.

uDA said...

Dr.Faez,

pertama kali menjenguk blog ni. salam kenal.

panjangnya umur opah tu. sihat bertenaga pulak tu. makcik secretary tu tergolong dalam golongan orang2 yang berfikiran cetek. kesian..

FaEzHussain said...

Kekawan,

Itu pasal la, saya malas nak ke opis boss. Malas nak tengok grupe makcik secretary tu, spek tebai nampak matanya besor jek. cam terbeliak aje melihatkan keayuan i..huhuhuh

Opah tu, cool jek. lupa saya nak tanya apa rahsia dia. kalau tak busy, isnin ni saya layan borak dia lagi.

Uda,
welkom to my humble blog. salam perkenalan.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :