Friday 2 June 2006

Ubi Kayu


Mula-mula saya jejak bumi UK ni, 4 tahun yang lalu, saya terkejut bila saya terjumpa ubi kayu di pasar. Iye la, dari down under, 7 tahun di sana, tak pernah saya lihat ubi ni, datang ke sini, tetiba ada. UK dah jadi multiculture. Ke mana-mana saja sekarang ni, ada aje Indian or Southern Fried Chicken take aways, dan juga Chinese take aways. Tambah pula the West Indies pun ramai, dan mereka antara penggemar ubi kayu.


Hari Selesa lepas saya jadi ketua rombongan membawa mama dan papa saya ke pekan Sheffield, ber-adventure dengan bas kali ini. Anak-anak saya seronok dapat naik bas. Ini gambar ubi kayu secara closed up di gerai pakcik tu. Pisang tanduk juga saya beli sebab anak-anak saya gemar 'banana masak=pisang goreng'.

Esoknya untuk breakfast, saya masak ubi kayu. Sempoi aje rebus je. Sebab hubby saya mengidam nak makan ubi kayu rebus. Mama saya tanya, "Dah bubuh garam dalam rebusan tu?" "Eh, kena masukkan garam ker?" " Ye lah, takkan tak tahu kut" " Mana nak tau, punya la dah lama tak masak ubi kayu hehehe" " La...umur dah 3* pun tak tau masak ubi kayu" " Oo ini special dish ni, bukan selalu buat..." jawab saya nak cover malu....Heheheh...

Sedap sarapan pagi kami hari tu. Ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis. Mama saya bercerita, yang arwah Chik (ayah) sebelah papa saya suka makan ubi kayu dengan gulai tempoyak. I can't imagine! Dulu-dulukan zaman jepun, ubi kayu adalah satu delicacy pengganti beras yang susah dicari.

Walau apa pun, alangkah sedap andainya ada pucuk ubi kayu, direbus dan makan cicah dengan budu atau sambal belacan. Inilah ulam yang saya tak jumpa lagi di sini. Petai, jering, daun ulam raja semua dah jumpa. Takpe la, sabar je..dah tak lama lagi nak jejak kaki semula ke BolehLand.

11 comments:

Ella said...

Salam Dr Faez,
Wah sedap tu mkn ubi kayu rabus... tp kat down under pun now dah senang nak carik ubi kayu... yg fresh tu certain kedai jer lah tp klu nak carik yg frozen or even yg dah siap parut n frozen mmg senang... mn2 asian groceries shop mesti ada...
Tu ler rasa2nya kbykkan negara omputih now dah more tu multicultural country maybe sbb bak travel pun dah tak susah kan...

p/s: ada my fren from UIA dtg sheffield bout 2 weeks kot with her new born baby n hubby...to further her study there... kot2 U ada jumpa :)

simah said...

terliur..
teringat zaman dulu makan ubi kayu rebus cicah ngan kelapa parut dan gula..

FaEzHussain said...

Puan Ella,
Untung la kat Perth dah ada, senang nak buat bingka ke apa kan?
yup, met ur friend the other day.

Puan Simah,
Sekali sekala lepaskan gian... :D

Kaklong Syikin said...

Sedap nampak tu dr., tp saya suka ubi rebus cicah gula pasir..

biasa tak makan ubi kayu goreng? saya first time makan kat rmh mil lah, mula2 tu dia rendam ubi kayu mentah tu,lepas tu tos.potong kecil panjang ikut suka kita dan salut ngan garam. Goreng hingga nampak kekuningan, tp sblm diangkat tu, mil akan masukkan banyak hirisan bawang merah ke dalam kuali tu dan biarkan hingga ia kekuningan, selapas tu angkat semua n toskan. sedap...

baru2 ni saya ada terjumpa ubi kayu mentah utk digoreng yg dikomersialkan, buat style mcm french fries tu.saya jumpanya kat satu pasaraya.tapi tak beli pun

Izhal said...

Hello Doctor,
soalan ni takada kena mengena dengan ubi kayu, australia mahupun delicacy zaman jepun... Tapi ianya tercetus dari ayat Doctor yang kata 'Suami mengidam...' dan juga kerana Puan adalah Doctor...

Dari ilmu kedoktoran, apsal bila early pregnancy, wife saya OK je, saya yang muntah kaw2, pening2 lalat pagi2 dan kadang2 mengidam??? adakah pasal saya suka berabut panjang macam perempuan?

KAMATO said...

mana nak cari pucuk ubi kat situ, setakat batang keladi dan nangka muda tu masih boleh jumpa...

WanShila said...

hi..

ish..dasyat ye kat UK..macam2 adaaa!!! Budu ada jual gak ke kat sn?

salam perkenalan..wan

Literature Sushi said...

Pisang tanduk lagi...? Ubi kayu..? Di Sheffield kah ini? he..he..

p/s: Izhal, saya mengidam makan cokelat masa wife mengandung anak pertama, boleh makan cokelat mcm makan nasik tu..

Izhal said...

tumpang lalu ye puan doktor,
raiedzall, tu dah kronik tu... nasib baik you ada satu je wife... kalau kawin 4, semua ngandung, 4 jenis lauk pelik la u makan hahahaha...

FaEzHussain said...

puan syikin,
oo menarik ni, boleh la try, tapi bila nak buat tu belum pasti.heheh

tuan izhal,
heheh teruk ye. saya pun tak pasti, camner bila isteri yg pregnant suami yg pening2. SIL saya pun relax aje,biras saya yg pening2 masa 1st trimester tu. hubby saya 'mengidam' ni takde kaitan yg kami nak ada org baru. tapi sebab yg tersayang sedang tension nak siapkan thesis, apa yg diidam (bab makanan aje la) sedaya upaya cuba dipenuhkan.

tuan kamato,
kalau ada sedapnya... :D

tuan raiedzall,
wah..itu menarik tu. adakah tuan pun gained weight sebyk mana puan anita gained masa pregnant?

puan wan shila,
selamat datang ke my humble blog. salam perkenalan.

tuan izhal,
tumpang lalu byk kali pun tak apa.

Unknown said...

wah! makanan zaman jepun ini sudah tidak di ingati di zaman serba canggih kini. hinggakan adakah perlu atau tidak meletakkan garam pun sudah dilupakan. hahahaha!

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :