Thursday 8 June 2006

Bertemu, berpisah dan ketibaan....serta dugaan

Sejak hujung minggu lepas, hati saya tak tenteram. Mungkin bersedih sebab mama dan papa saya sudah nak habis bercuti di sini dan akan kembali ke Malaysia, bercampur dengan rasa tertekan nak exam 9hb ni.

Rupanya, ianya satu tanda.

Semalam, tarikh 6.6.6, mama dan papa saya berangkat kembali ke tanahair. Kami menghantar mereka ke Manchester Airport, untuk ke Heathrow sebelum berlepas ke Kuala Lumpur. Makan tengahari semalam, saya masakkan nasi beryani dan kari pakistan/india a'la Faez. Selera mereka makan.

Kami tiba awal di airport, sebab takde jem sepanjang perjalanan. Di sana, saya bertembung dengan 2 orang pelajar Malaysia, saya ingatkan mereka dari Sheffield sebab saya rasa macam 'pernah kulihat tapi di mana yaa?'. Saya menegur mereka, oo rupanya mereka dari Belfast. Dan nak ke London untuk flight ke KLIA.

Tiba masanya mama dan papa masuk ke departure hall, Darwish meronta-ronta dan menangis nak ikut mama-tok dia. 'I want to go MamaTok's home', berulang-ulang kali dia menjerit-jerit dan memegang beg mama-tok dia. Menitis air mata saya. Begitu juga dengan mama saya. Papa saya juga bergenangkan airmata. Selepas, bersalam-salam dan berpelukan, dan memohon ampun dan maaf serta minta halal segalanya, mereka pun berlalu dengan perlahan ke pintu masuk.

Terpaksa saya pujuk Darwish dengan menjanjikan dia boleh mandi bubble di hotel nanti. Nasib baik, ada kedai pharmacy dekat situ, saya belikan bathfoam dan juga ubat gigi untuk Darwish. Dia diam untuk seketika. Tapi menyambung semula siren dalam kereta. Nabilah pun teruja, turut menangis untuk seketika sebab dia tak nampak mama dan papa-tok dia.

Malam itu kami bermalam di Travelogde. Mereka seronok dapat mandi bubble dan juga gosok gigi dengan toothpaste perasa apple. Hari kebetulan panas, dan tingkap bilik tu sempit sahaja bukaannyer, masing-masing kepanasan. Anak-anak saya tidur berseluar sahaja. Sempat la juga saya study sikit selepas subuh.

Esoknya, sementara menantikan check-out, Darwish dan Nabilah berendam sekali lagi. Hampir jam 5 waktu Malaysia, saya menelefon adik saya yang ke2 untuk bertanyakan samada mama dan papa dah selamat tiba atau belum. Dia kata dia dalam perjalanan.

Beberapa minit jam 12 waktu UK, saya menerima panggilan dari adik saya yang ke4, memesan supaya called balik. Hati saya sudah berdebar-debar, rasa seperti ada berita tak baik. Saya called semula, dan mendapat tahu papa dimasukkan di hospital di Karachi. Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa itu. Papa saya memang ada heart condition, dan dia ada implantable cardioversion defibrillator (alat seperti pacemaker) di dadanya. Dan saya tahun heart function papa saya tak berapa bagus. Air mata mula mengalir dah. Hati saya turut risaukan mama saya.
Terus saya sms mama saya (dia ada buat roaming). Sms adik saya no2. Telefon adik-adik yang ada di Kelana Jaya, arahkan adik saya no4 surf internet cari no telefon hospital.

Kami tiba semula ke Manchester Airport, kali ini untuk menunggu ketibaan mertua saya pula. Sementara itu saya cuba telefon mama saya, dapat la berbicara sekejap sebelum line terputus. Andai ada passport saya masa itu, mau saya naik the next flight ke Karachi. Mertua menaiki Emirates, Kuala Lumpur-Dubai-Manchester. Mereka antara orang last keluar dari arrival hall, sebabnya kena tahan dek kastam, dan ikan kering dirampas. Sepanjang perjalanan pulang ke Sheffield, saya tak ceria seperti selalu. Di kepala saya macam-macam saya fikir.

Selepas late lunch dan solat, saya telefon hospital Ajarzhan(lupa ejaan) University Hospital di Karachi, direct line ke CCU. Saya tahu misi-misi situ pasti terrer berbahasa inggeris. Saya cakap la saya call dari UK untuk bertanyakan hal papa saya. Misi itu terus bagi saya bercakap dengan mama saya. Ceritanya, tiba di Heathrow, perjalanan agak jauh untuk ke gate departure di terminal 3 tu. Nasib baik la, anak dara 2 orang yang saya tegur di Manchester tu sudi menolong parents saya membawa hand luggage mereka. Kurang-kurang papa saya berlenggang saja ke gate. Rupa-rupanya mereka budak medic. Cuaca tak berapa elok sepanjang perjalanan. Di satu ketika papa saya ke toilet, kemudian bila balik ke tempat duduk, dia mengadu rasa letih, jantung berdebar2 dan rasa sesak dada. Mama saya sapukan ubat di dada, dengan harapan papa akan rasa better. Tapi lepas tu, nafas papa makin laju, makin breathless. Mama called air hostess, yang kemudiannya terus buat announcement kiranya ada doktor dalam plane tu. Alhamdulillah ada dua orang, seorang dari UK, dan seorang lagi dari Pasir Mas. Papa saya dibawa ke business class, supaya dapat baring dan doktor dapat monitor heartbeat dan blood pressure dia (tika tu agak rendah). Selepas sejam, keadaan papa saya masih sama, dua-dua doktor tu dan termasuk MAS doctor bersetuju yang papa saya perlu dimasukkan ke hospital immediately. Bandar yang paling dekat tika itu, ialah Karachi. Kapten buat decision untuk emergency landing, dan barang-barang handluggage sahaja yang dibawa turun. Flight was delayed 3 hours. Ground crews dan ambulance sudah menunggu papa dan mama saya di airport Karachi. Terus saja dibawa papa ke nearest hospital. MAS officers menemani mama saya hingga papa saya selamat di-admit ke CCU. Esok mereka berjanji untuk membawa mama saya membeli sepersalinan pakaian. Dan semua urusan pulang ke Malaysia, mereka akan bereskan. Lega hati saya bila dapat mendengar suara mama saya. Papa sedang tidur. Kalau semua ok, dan doktor berpuas hati dengan keadaan papa saya, mungkin esok dia akan di-discharge.

Sementara itu, luggage parents saya telah selamat adik no2 saya ambil. Dan staff MAS telah menerangkan segalanya kepada dia.

Doa saya, agar parents saya selamat di bumi Karachi tu. Doa saya juga agar papa saya cepat sembuh dan panjang umurnya untuk kami bersua kembali. Tabahkanlah hati kami sekeluarga menghadapi dugaan ini.

Dan, if there is any of my blog readers a member of MAS, my whole family and me would like to express our fullest gratitude for all the kind help that you have given to my parents. To the doctors in the same flight as my parents, I thank you for the care you have given to my dad even when you're off duty. I thank you all very much.

And as for me, the next time I on the air, when the air hostess asked if there is any doctor around, I would rise my arm and say yes, here she is. My papa has been lucky there were more than one around when he needed just a doctor. Bless.
PS: entry ni sepatutnya keluar semalam 7/6 tapi blogger site buat hal, tak dapat saya nak publish.
PPS: To all friends, thank you for ur well wishes, esok exam..ulppssss

6 comments:

Sya said...

Semoga papa Faez cepat sembuh dan pulang ke tanahair. Alhamdullilah MAS crew were very helpful. U take care also

Unknown said...

Kak Faez, sabar yea dgn dugaan ni. InsyaAllah semuanya ok. Yus doakan papa kak faez cepat sembuh. Menitis air mata yus baca entri kak faez kali ni. Yus dah merasa kehilangan bapa mertua di sini, jadi bila perkara2 macam ni terdengar, memang tak boleh tahan rasa sayu hati. Alhamdulillah krew MAS semua membantu. Take care yea kak..and Good Luck for your exam.

NBK466 said...

Alamak...1st time menceroboh blog 'rakan sekampung' nie cerita serious... Didoakan semoga ayahanda cepat sembuh.. Den pun dulu masa kat sana, kalau hati tak sedap akan cepat2 call bonda ditanah air...takut ada yg tak baik berlaku....

Literature Sushi said...

i don't know what to say, bawak sabar banyak2 ...

Ajzie said...

Moga bapa Dr. Faez cepat sembuh dan selamat tiba di Msia. Good Luck also to your exam. Be strong..


Salam

Kiah Kardashian said...

akum Dr Faez,

Good luck exam dan tabahkan hati okay. Kat Sheffield ker? Ada kawan saya; Izwin (Wan izwin) kat situ. Budak medic juga.

Banyak banyakkan berdoa. Salam...

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :