Monday 24 July 2006

The love boat?

Sabtu lepas, kami belayar ke Amsterdam.
Ini kali ke 2 naik cruise ke seberang, kira dah terrer la. Darwish dan Nabilah memang seronok habis teh (bak kata ore kelate). Gambar: Darwish dan Nabilah posing depan 'Pride of Rotterdam'


Selepas check-in, kami berjalan masuk. Connecting brigde/tunnel tu cam yang nak masuk dalam plane tu lah. Kat entrance kami di sambut dengan bunga-bunga yang letak kat leher cam Fantasy Island tu...tapi itu hanya dalam angan-angan. Anak-anak dihadiahkan dengan belon dan activity book+crayons.

Di cabin kami, ada tingkap. Untuk 4 orang, cabin besar sikit la.

Kami makan dinner sebelum kapal belayar. Sudah solat, baru lah jalan-jalan pusing kapal. Ada restoran, ada pub, ada sun-deck untuk lepak-lepak ambil angin, ada cinema, ada kedai biasa dan juga duty-free shops. Yang penting sekali ada children's play area.

Ada nampak adik dan abang tak?

Nabilah yang mula-mula tu, takut-takut je nak terjun ke dalam 'lautan bola' tu, selepas 2-3 kali, dah mula confident. Seronok aje nampak dia main. Ada table untuk painting dan colouring. Ada ruang untuk video. Ada akak sorang ni buat face painting.

Darwish jadi lion.

Seronok la cik awe ni, first time ever muka dia kena paint. Ke sana ke mari melompat dan mengaum.

Dah lewat malam, baru la nak tidor adik dan abang ni. Saya pula, tempat tidur baru, kejap-kejap terjaga. Darwish yang tidur kat bunk atas, hampir terjatuh walaupun dah pasang 'pagar' besi tu.

Hampir 12jam kemudian kami berlabuh di Rotterdam.

Windmill di sekitar Port of Rotterdam.

Dari Rotterdam kami ke Amsterdam dengan chartered bus. Perjalanan selama sejam. Yang membingitkan telinga ialah, adalah 5-6 orang makcik ni (about mid 30s) yang saya rasa ada kandungan alkohol yang agak tinggi dalam darah dorang, memekak sepanjang jalan. Gelak mengilai cam pontianak. Adui. Malu den! Nasib baik la Nabilah dan Darwish totally behaved selama sejam dalam bus tu.

Amsterdam, bandar yang ada lebih dari 100 canals di sekelilinginya. Ada red light district yang mana, sex services area available. Kami pernah ke area tu, aduii ngucap panjang tengok perempuan-perempuan itu menayang body di display window! Apa yang saya nak highlight kat sini adalah, jika penagih ganja ke sini, mereka seolah-olah in their 'heaven'. Sebabnya ganja/dope/grass/cannabis/marijuana adalah halal di sini.

Tengok la plate souvenier pun kata daun tu halal kat sini.Ni khas untuk mereka yang baru nak try bercucuk tanam di belakang rumah.

Ada juga sex museum di sini. Tak tau la apa kemender kat dalam tu. Tak gamak nak jejak! Also ada Amsterdam Dungeon, Nabilah yang lalu kat tepi tu pun dah melalak ketakutan, itu belum masuk lagi tu. Kami berjalan sepanjang 'High Street' of Amsterdam hingga ke Madame Tessaud, yang di depannya ada big square (tak tau nama apa). Kaki terus melangkah hingga menyeberangi canal, dan terjumpa Flower Market. Memang banyak tulips di sini. Rambang mata saya, tapi disebabkan mood saya agak kureng, so saya hanya jamu mata sahaja. Kenangan dari Amsterdam kali ini, hanya 3 biji mugs dengan tulips hand-printed, dan fridge magnets. Kononnya nak beli ganti tulips yang anak-anak dah patahkan, pun saya takde mood nak beli. Terlintas gak, kalau beli benih cannabis tu, apa jadik gamaknya ye? Disebabkan curious, saya belek gak starter kits cannabis tu, nak tengok biji benihnya camner, tapi tak nampak pun.

Kami lunch kat Maoz, Falafel. Lepas tu, naik canal cruise, menikmati keindahan Amsterdam. Jam 5, kami menaiki bas untuk ke Cruise semula. 9pm kami meninggalkan bumi Holland.

Semua cerita di atas, ada dalam slides show ni.





Semoga hari-hari seterusnya akan terus bersinar dan memberi kedamaian pada hati yang bergelora..........

Later......

12 comments:

Literature Sushi said...

Best nyer... Atas kapal tak mabuk laut ke? :)

FaEzHussain said...

Tuan Raiedzall,
tak mabuk laut pun sebab laut tak bergelora, bukan mcm masa winter hari tu.

Unknown said...

Teringat balik masa kami pegi tahun lepas. Penat sungguh berjalan dgn Alia yg baru masuk 6 bulan masa tu. Si Din ada tersalah masuk kat area red light district tu, konon nak cari coklat utk Aqil sementara yus susukan Alia, hampir dia kena tarik masuk..kecut dia...haha. Tapi kenangan dlm kapal tu memang best, Aqil paling seronok...hehe.

Izhal said...

whoah syok betul la love boat ride Dr. ni!!! siap jadi lion lagi... heheh... mat saleh ni suka betul conteng2 muka budak2 kalau ada benda2 fun and games ye dak??? naik dari mana sampai ke amsterdam ni??? bola banyak2 dalam bot tu geram betul den nengoknye haaa...

gambar pompuan2 tayang body mana??? aiseh... benih2 ganja tu macam boleh tanam kat UPM je heheh... UNiveristi pertanian le katakan... betul ke dalam documentary national geographic kata isap ganja mata boleh jadi vision 2020 pasal dia rangsang kapilari pada mata... sebab tu orang hisap ganja dapat blood shot eyes...

Idham said...

beh beh beh...kawae teruja tengok gamba2 tuh....sedak gi jalae makae anging tuh...tabek ko demo!!

Idham

aNIe said...

Faez...syoknya pegi jenjalan dengan family....tapi kak lady ni takut sikit nak naik cruise ni...sebab cepat mabuk...mabuk tak?

Ayu Mohamad said...

tingat citer love Boat hehehehe.. sy pon mcm kak Lady phobia sket dgn laut hehehe

NBK466 said...

He..he..he.. teringat gi Red Light District dulu... Cam tgk ikan dlm aquarium lak... Biarpun tgh darah muda...alhamdulillah tak tergoda.. Tak gi tgk Madame Tessaud sbb Q panjang gilos. Best tgk basikal lebih banyak dari kereta & 1st time tgk mercedes mata belalang buat taxi..

FaEzHussain said...

Puan Yus,
memang anak2 la yg paling seronok bila naik big ship tu. lepas2 ni tadak dah kut nak merasa naik kapal besar.

Tuan Izhal,
aisheh gambo pompuan tayang body tadak la cheq, sebab kali ni kami tak pi pun area tu, cukup la sekali ter-sengaja ke area lampu merah tu.. :D
isap ganja mmg camtu kut jadiknya, mata merah...mungkin jugak sebab tak cukup tidor sebab dah high.
pernah try laughing gas? ooo itu pun syiokkk gak tu...tinggi melayang jek rasa....

Tuan Idham,
teruja tengok gambo daun candu ka? kehkeh...balik kapung bulih make budu...

Puan SJ,
try mintak antisickness sebelum nak belayar, ubat tu nama stemetil. sekali telan mungkin akan lena... :D so tak perlu risau bila di atas kapal

KL,
Tak mabuk sebab laut tak bergelora. yg bergelora hanya hati dan perasaan...ceh wah....
kalau dpt peluang, KL kena la try naik cruise, dan juga telan stemetil kasi itu mabuk laut hilang..

Puan Ayu,
kalu gitu tokleh la nak gi picnic kat pantai...kalau takut laut...

Tuan NBK466,
red light district memang menguji keimanan kalau 'ter'masuk ke area tu. mak saya mengucap pjg...time 'ter'pergi tu masa winter, wonder gak, deme tu tak sejuk ke dok pamer body kat depan cermin...

blackpurple @ jowopinter said...

Bestnya........ Bilalah agaknya ada rezeki dapat peluang berjalan2 ke situ....

Izhal said...

laughing gas??? haritu ada doktor gigi tanya nak tak,tapi saya tak amik la pulak... aiseh rugi betul la saya... apa entah nama saintifiknya,dah lupa...

kalau doktor ada stok sebalang ke bagilah saya try hahahahaha...

FaEzHussain said...

Tuan BP,
InsyaAllah nanti ada la rejeki tuan nak ke sana...janji jgn 'ter'sengaja 'ter'salah masuk red light district dah.

Tuan Izhal,
kalau nak try gas tu, nanti bila puan bersalin no 3, try la tanya misi ada tak etonox, kalu ada, cuba la try test...syiokkk high uuu

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :