Thursday 13 July 2006

Orang kita? Orang deme?

Lama dah terpikir nak bercerita darihal ni.
Sekarang ni saya ke 'office' naik bas. Sempoi. Lagi cepat sampai. Kalau hubby hantar dengan kereta, kalut dengan nak hantar Darwish ke sekolah yang start jam 9pagi jugak. So saya naik je lah bas.

Nak bercerita pasal kejadian dalam bas ni. Saya tak pernah lagi kata 'terima kasih' kat pemandu bas macam Puan Yus kita terbuat hari tu heheh. Hanya setakat 'thank you' aje. :D

Teringat saya, masa saya kat dalam bas di Birmingham hari tu. Dari tempat saya exam nak ke bandar. Dalam bas tu ada la beberapa orang passenger lagi (apa yer passenger dalam BM?lupa plak dah!). Bisingnya ya Allah. Malu saya dibuatnya. Bukan apa, kalau orang putih tu nasib dorang la kan. Memang perangai dorang macam tu. Tapi ni, anak-anak muslim yang bertudung. Pot pet pot pet,di selang seli dengan gelak ketawa yang kuat. Malu malu.

Insiden yang kedua, semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital. Awek muslim gak la. Bercakap di telefon. Suara agak kuat, orang sekeliling boleh dengar. Dia duk membebel kat kawan dia kut, pasal deme plan nak ke London ke mana ntah, marah dia sebab kawan dia tu suruh bersiap jam 7 pagi. Apa daaa....nak kena bangkit awai pun nak marah-marah. Tak payah la berleter kuat-kuat dalam bas. Balik rumah hantam la sama itu kawan, tak payah la higaq dalam bas.

Yang seterusnya, semalam ke 2 hari sudah. Pun dalam bas nak balik ke rumah. Seorang awek. Pun muslim. Duduk di seat depan sekali belakang driver tapi mengadap cermin sisi. Pun bertelefon. Kuatnya suara. Bayangkan saya yang duduk hampir di belakang ni boleh dengar sebijik-sebijik apa dia dok borak. Dok ngumpat pasal sapa ntah. Jap-jap dok baiki rambut dia yang panjang. Jap-jap duk lap air lior kat tepi bibir tu.Mmmmm.........

Tiga-tiga insiden ni membuatkan saya terpikir, adakah sebab duduk kat negara orang putih, keperibadian as a muslim/muslimah tu harus tergadai? Kenapa nak ikut budaya yang tak elok yang dipraktikkan oleh orang barat? Kenapa budaya yang elok tak nak diikuti? Saya pun pikir, entah lah. Tak larat nak pikir.
Apa pendapat anda?

*Orang kita di sini maksudnya saudara kita seislam. Takde kaitan dengan apa kewarganegaraan mereka*

Satu lagi insiden dalam bas, Jumaat lepas, hubby saya pulang dari kerja petang menaiki bas. Tup-tup ada lah pakcik mabuk sorang ni naik bas. Itu pun, sebab ada 2 orang budak lelaki tolong pangku dia menaiki bas tu, kalau tak terbaring dia kat tepi jalan tu. Menurut hubby, semasa bas tu dah bergerak, tak lama kemudian keluar la satu bau yang semerbak busuk merebak ke seluruh bas tu. Memula hubby saya ingatkan apa la kan, pastu dia nampak passenger lain pun menutup hidung. Sat lepas tu, driver bas terpaksa berhentikan bas, dan minta passenger semua turun dah tunggu bas lain. Nak tau kenapa? Pakcik mabuk tu dah terberak dalam seluar dia. Uwekkkk.... tak senonoh betul. Driver tu terpaksa panggil polis. Kesian pakcik makcik polis, asyik kena handle orang-orang mabuk aje.

Itu saja cerita kali ini.

Later.....

2 comments:

Kiah Kardashian said...

hish...kat sini saya pun malu dengan perangai buruk muslim sendiri.

Arabs kat sini kalau barang free dibagi utk anak dier eg: balloons kat restaurants sure nak amik banyak banyak. Amik sampai 5 belon untuk 2 orang anak. Tak cukup dengan tu, sebelum keluar restaurant anak dier amik lagi 2. Geleng kepala saya tengok sebab anaknyer sah sah ikut perangai si parents yang tak reti disiplinkan anak anak dier...saya pulak yang naik segan sebab muslims sepatutnyer beri contoh baik kan...tapi ni lain pulak ceritanya

Saya paling takut dengan orang mabuk. Ada skali kawan saya kena tampar dengan orang mabuk dalam Metro kat Paris. Adus...kesian.

Kaklong Syikin said...

hmm..itulahkan, bila jd Muslim ni mmg banyak cabaran kita nak perbaiki diri. Setan banyak bergayut kat kita nak kita jd bad Muslim.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :