Wednesday, 31 May 2006

Kampung English

Petang Sabtu tu, saya temankan hubby mengambil barang. Ke tempat tu, kami guna motorways, balik ke Sheffield, kami lalu jalan kampung. Indahnya bumi milik Allah.
Bermula dengan hujan lebat, yang lebih kurang hujan di Malaysia waktu petang, cuma tak diiringi dengan kilat dan guruh. Pokok-pokok merendang seolah-olah jadi terowong di tepi jalan ni.










Kehijauan padang ragut saujana mata memandang.


Setiap plot tu ada tandanya. Saya tak tau la seorang farmer ada berapa ekar tanah, tapi memang luas kawasan padang ragut ni.



Tanda sempadan setiap plot tu ada sampai ke atas bukit. Camner dorang buat yer. Biri-biri dan lembu-lembu meragut rumput hingga ke lereng-lereng bukit (saya tak sempat nak merakamkan gambar aksi-aksi ternakan ni)


Seolah-olah sedang menuju ke puncak tertinggi dunia. Tiada sebatang pokok tinggi pun di kawasan ni. Sepatutnya ada gambar, tapi tak boleh upload lagi. Later la saya try semula.

NB: Ini adalah pemandangan di sekitar Peak District.

15 comments:

mizzwanda said...

lawa btol all d pics u've taken..heh..bestnya kalau duk permanent kat sana ahaks

Syikin said...

subhanallah, cantiknya gambar2 ni..klau tgk real lagi best kan..kiranya kaya rayalah farmer2 kat sini kan, luas padang ragut depa ni, yelah nilai tanah tinggi tu

KAMATO said...

cantik, sejuk mata memandang

simah said...

orang yg snap gambar ni dah bole jadi tukang gambar professional dah ni...i love especially gambar mcm terowong tu..

Ayu said...

salam perkenalan.dtg dr blog kak syikin...
cantiknya gambar2 tuh....

PB said...

cantik sungguh ciptaan Allah.
Dan Dr Faez , bertuah kerana dapat menikmatinya secara "LIVE"...


Nak link...boleh, boleh..
tak de salahnyer...

Btw, bila nak balik cuti cuti mesia ??

Syikin said...

Dr. saya ada update sikit pasal entri sucikah rumah kita, terutama berkenaan ngan bilangan basuhan n kuantiti air tu

Izhal said...

Cun la scenery sana... Puan Dr. gambar 1st tu lawa sangat, ala ala teknik long exposure andpanning tu ;)

sya said...

cantiknya bumi Allah ... menghijau saujana mata memandang

Raiedzall said...

cantik.. tapi tak setanding tanah tumpahnya darah ku...

'sekadar rindukan kampung'

NBB said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NBB said...

macam terbayang-bayang frodo dan kuncu-kuncunya berjalan menuju ke mount of doom...

Ajzie said...

masayallah, cantik nye bumi ciptaan NYA..
Hijau mata memandang kan kan kan.

FaEzHussain said...

Dr Mizzwanda,
Nak duduk permenant, dlm mimpi saje sebab pakcik penaja sudah memanggil-manggil ku pulang. :D

Puan Syikin,
Saya sendiri taktau berapa ekar tanah farmers ni ada, tapi dari jauh nampak agak luas la, kan?
terima kasih sebab bgtau pasal update blog puan, nanti saya cek.

Tuan Kamato,
Itu lah, saya pun dlm kereta sepjg perjalanan, tak puas rasanya memandang keindahan bumi Allah.

Puan Simah,
Jgn puji lebih2, itu hasil dari fon kamera aje. dan saya tak sangka pula, capturenya agak menarik.

Puan Ayu,
Salam perkenalan. Terima kasih sudi ke my humble blog.

Puan PB,
Alhamdulillah saya ada peluang utk melihat bumi Allah yang disebelah sini.
Cuti-cuti di malaysia takde dalam rancangan, tapi nak balik for good dalam perancangan.

Tuan Izhal,
Ini hasil fon kamera aje, teringin nak beli kamera yg canggih manggih (utk menghidupkan kembali hobby mengambil gambar saya yg dah lama terkubur) tapi, takat ini takde dlm budget lagi.

FaEzHussain said...

Kak Sya,
Udara petang tu, sungguh nyaman mengiringi pemandangan yang cantik.

Tuan Raiedzall,
Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat perantauan.

Dr Nurul,
Kami terbayang Robin Hood the prince of thieves lakonan Kevin Costner.

Puan Ajzie,
Kulihat hijauuuuuuuuuuuuu

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :