Saturday, 20 May 2006

Kerja Malam

Hari ni start kerja malam 19hb hingga 26hb, seminggu.

Kali ni kerja di Royal Hallamshire, malam ni agak tenang, tapi malam-malam lain belum tentu.

Ini tengah tunggu results patient.
Aisheh, bila check print out, nenek ni tak sihat ni, kidney tak berapa function, haemoglobin rendah. Pagi esok dia kena masuk darah (malam-malam tak leh buat, policy baru hospital, unless urgent sesangat). Mmm result dah dapat, so saya kena turun ke ward, kena masukkan air la untuk nenek,yang berumur 92 tahun ni. Tadi dia kata, "when i became a mother i stopped working, i believe women shouldn't work when they have children" .... Mmm susah gak nak terima, tapi itu pendapat dia. Pendapat kita bergantung kepada pendapatan.... :D

Wokeh, kena bertugas semula. Kang jam 730 karang kena luku dgn boss pasal tak membuat apa-apa tindakan kat nenek ni.

Nanti saya upload kan gambar Doctor's mess ini, yang sangatlah messy nyer.

8 comments:

Ajzie said...

Faez,
Memang betul Faez ckp, setiap orang ada pendapatnye sendiri. Pendapat vs Pendapatan..Ajzie nak pendapatan..hihi.

Salam

FaEzHussain said...

Wah Azjie,
Awal pagi sudah di depan komputer.
hehe tabik la nenek tu, umur dah hampir seabad, tapi mental masih ok. bley layan borak lagi tu.

Ajzie said...

Bangun awal coz subuh abis kul 5.00am, so kul 415am dah terjaga. Sambil tunggu cake masak, sempat gak jengah blog kawan2 hihi.

Salam

Kaklong Syikin said...

ok..selamat bekerja semula :)

ha, nanti jgn lupa masukkan gambar yg dijanjikan tu:)

eh..parent dr. dah balik ke?

Izhal said...

selamat menjalankan tugas doktor... kang bila bukak practice sensdiri kat malaysia, buat sebaik mana di UK di negara kita nooo... :)

ps-saya dok sini actully buat 12-15 hour shift from 2003... heheh...

Izhal said...

saya suka doktor punya template baru ni... takdak tulis pun yang doktor ni sebenaqnya seorang Tuan Doktor yang dihormati :) u rule!!!

ps-betulka panadol tu bahaya???

KAMATO said...

Kebanyakkan doktor di uk memang excellent, saya berpengalaman isteri melahirkan anak di plymouth, wow! layanan first class

FaEzHussain said...

puan Ajzie (maaf kalau saya salah eja)
ha'a subuh sini pun makin awal. jam 3am dah subuh. nasib baik keje malam, senang sket.

puan syikin,
parents saya ada lagi kat sini.
keje sat sat camni la saya kat sini. boleh la nak bg anak2 makan best2.

tuan izhal
nak bukak klinik sendiri kena committed betul2. saya dah terikat janji contract 10 tahun, baru bley lari. ni pun depa dok hingaq panggay balik nih.

tuan izhal lagi
oo terima kasih. template hasil keboringan, dan kaedah cuba jaya.

tuan kamato,
kami cuba bagi perkhidmatan sebaik mungkin...insyaAllah.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :