Friday, 5 May 2006

Cerita pendek

Ketensionan yang berkurangan

Cepatnya masa berlalu. Sudah Jumaat hari ini. Seminggu sudah saya menjalani kehidupan seperti sebelum saya 'berlakon' menjadi doktor sebulan lepas.

Kalau melihat kembali senarai sebab-sebab saya jadik tension, saya sudah berjaya memgemas bilik dan mengisi barang-barang ke dalam kotak; sudah mendapat referee ke3 untuk kerja yang sedang mohon; bilik untuk tetamu-tetamu istimewa sudah siap, tinggal untuk pasang cadar sahaja. Tetapi yang masih terbengkalai, form kerja baru isi nama, assignment belum bertambah ayat sejak Khamis lepas. Tapi saya sudah kurang tension. Tambahan pula cuaca di sini 2-3 hari ni, amat cantik. Suhu baru mencecah 20 darjah Celcius, tapi saya sudah mengadu kepanasan. Mentari gagah bersinar dan migraine saya mula datang menyerang.


Tips untuk lipat kain

Saya tahu yang bukan saya seorang yang mempunyai masalah untuk melipat kain yang berbakul-bakul. Sekarang ni, saya berjaya lipat semua laundry saya pada hari yang sama. Kaedahnya, saya lipat sebaik sahaja saya angkat dari ampaian. Bukan di depan TV, tapi di tepi ampaian itu sendiri. Iaitu, angkat sehelai, terus lipat masuk bakul. Selain dari rasa kain itu masih 'garing', ia juga masih berbau segar. Kalau tak percaya, cuba try test buat. Selamat mencuba.

Grey's Anatomy

Akhirnya saya berjaya juga menonton satu episode dari siri ini semalam. Ini adalah kali pertama untuk saya. Walaupun siri ini dah bermula dari tahun lepas, tapi seruan untuk saya menontonnya tidak sampai hinggalah semalam. Pada mula-mula siri ini muncul di TV, saya ingatkan ceritanya darihal anatomy semata-mata, sebab ada sebuah buku anatomy yang saya guna semasa tahun pertama dan kedua di sekolah perubatan dulu, ditulis oleh Dr Grey. Komen saya darihal cerita ini, saya kurang berminat. Yang menyebabkan saya kurang berminat ialah terlalu banyak emosi terlibat contohnya hubungan seksual MO dengan HO, parti liar penuh dengan kemabukkan. Saya akui itu adalah cara kehidupan orang-orang barat, saya sendiri melihatnya di sekeliling tempat saya berkerja (hari gaji aje adalah invitation untuk minum-minum di bar) tapi yang saya pasti selepas cerita House jam 9 minggu depan, saya akan tutup TV atau tukar channel. (Maaf pada die-hard fans of Grey's Anatomy)

Apa pendapat anda?

Baru-baru ini saya ke supermarket. Beli barangan dapur. Kebiasaannya, kitakan kalau beli buah-buahan atau sayur-sayuran, pilih-pilih mana yang segar, dan terus masukkan dalam trolley kan? Tetapi di sini, saya terpaksa lebih berhati-hati. Sayur-sayuran dan buah-buahan di sini kebanyakkannya diimport. Tidak banyak hasil tempatan kecuali kentang dan bawang. Saya suka baby potatoes (kentang yang bersaiz kecil), sedap kalau dimasukkan ke dalam kari ataupun sup, tanpa perlu kupas kulitnya. Kalau yang ini, kena lihat betul-betul dari mana asal kentang ini, sebab saya pernah terbeli dan bila di rumah baru perasan ia nya diimport dari Israel. Bukan setakat kentang, cili dan kurma juga turut dihasilkan dari negara zionist ini. Tak tergamak saya menelan hasil bumi yang mana mengalir darah saudara seislam kita. Jadi, kentang yang saya terbeli itu, saya masukkan ke dalam tong sampah. Semenjak dari hari itu saya lebih berhati-hati. Di petang yang sama, saya ke kedai yang berdekatan dengan rumah saya untuk membeli seekor ayam. Saya nampak sekotak baby potatoes, dan di kotak itu terang-terangan produk ini dari Israel.
Lalu saya bertanya brother kedai itu " Did you notice brother, that these potatoes are from Isreal?"
Dia terdiam dan melihat kotak itu "Why sister?"
"It's a country where they're slaughtering our fellow muslims, (don't you think it's wrong that you're selling their produce,it's as if you're supporting their movement)" (yang dalam bracket ni ayat dalam hati la)
Dan dia menjawab "Mmm I don't think there's anything wrong with it...."
" Ooo well...." malas saya nak bertekak dengan dia, banyak lagi hal yang saya perlu bereskan di rumah (tetapi saya berharap agar selepas dia tutup kedai petang itu dia akan berpikir panjang tentang pertanyaan saya tadi). Saya pun berlalu, yang pastinya saya takkan beli ayam dari kedai itu lagi, takpe la berjalan jauh sedikit, asalkan saya tidak berasa yang saya ini bersubahat. Bagi saya, kalau dah terang-terangan di tulis asal dari negara yang dalam passport kita pun kita tak boleh pergi, buat apa lah kita nak menyumbang ke ekonomi mereka kan?

Okehlah....saya nak cuba menulis essay saya yang masih belum beres itu.

10 comments:

Syikin said...

Alhamdulillah. Berani dr.nyatakan kebenaran ni. Bukan semua org berani berterus terang.

tp ada org mmg pandang lekeh benda ni, pada mereka, yg penting jg tepi kain sendiri.


alhamdulillah, kurang dah tensen tuh..bila tetamu2 nak dtg? parent dr Msia ke?

ni kiranya full time housewife baliklah ya?:)

Syikin said...

oh ya..pasal tips lipat kain tu, kiranya abihkan masa lebih sikitlah kan kat tpt ampaian tu?

jiran faez mmg ramai muslim ke?

blackpurple said...

Terima kerana sudi memberi komen dalam blog saya yang tak sepertinya itu...hehehe..

pasal lipat baju tu..saya jarang lipat kecualilah pakaian yang 'kecil2' .... seluar dan baju terus sangkut di hanger.. bila nak pakai baru gosok... beruntunglah jadi maid saya...hehehe

Esei dah siap? hehehe

Kak Lady said...

Faez...betul tu cerita Greys Anatomy tu banyak diselitkan adegan2 yang tak sesuai ...kalau cerita House tu best...termasuk le Scrubs...

Melipat kain baju...akak pun bosan..sebab kene duduk aje...mengantuk...

Pasal pekedai yang jual barangan Israel tu memang le tak patut dia amik remeh je perkara tu...kadang2 diorang ni tak sensitif...sepatutnya kalaulah kita umat islam bersatu memboikot diorang...pasti ekonomi mereka lumpuh satu hari nanti...

yus said...

Kak faez,
Tips melipat kain tu, pernah yus buat tapi, kalau kainnya banyak...jenuh gak nak habiskan kat tepi ampaian tu.

Pasal product dari Israel tu, tq mengigatkan. Kadang2 tak perasan pun barang tu dari mana. Tapi, Yus tak pernah beli kentang kat kedai depan tu, selalu beli kat ASDA jer.

FaEzHussain said...

Syikin,
waduh dia nyer profile dah ade bunga yer. :) (kena sampuk dari saya ke?heheh)
jiran2 saya memang ramai muslim. pendek kata, time tengahari dan petang, kalau bukak pintu rumah, bulih bau kari harum semerbak.

itu lah, brother kedai tu bley cakap camtu kat saya, rasa nak lepuk jek kat kepala dia, tapi sabarrrr.

yup, angkat kain dari ampaian dan terus lipat memang effektif, tapi pastikan la bilangan kain tu tak byk sgt, kalu byk lenguh gak ooo.


blackpurple,
sama-sama.
saya pasti rumah anda banyak hanger.
esei telah saya berjaya tambah 2 ayat hehehe

KL,
Grey's Anatomy menceritakan hal2 kehidupan doktor (yg kdg2 di exagerrate).
House membuatkan kita berpikir. Mcm saya, kdg2 saya bg diagnosis yg sama macam salah seorg doktor dalam team dia, tapi pasti House akan kata salah....dan ada sebab2nya selepas itu.
Scrubs, oo saya memang suka tengok. cerita nyer rilex, dan saya pun kdg2 suka khayal cam JD.

Yus,
Terima kasih sudi menjenguk my humble blog. Yup, bila shopping kat supermarket memang kena hati2, apatah lagi supermarket T****, yg ini lagiiiii byk barang dari negara itu...

mizzwanda said...

hehe..kak faez..u dun mind rite if i link ur blog..heh toche2..

FaEzHussain said...

mizzwanda,

I don mind at all...honoured lagik. tq.

to those that are i have not linked (still haven't got enough time to explore and to do it right) ur blog address have been saved into my favourite...

Izhal said...

bagus tu dr cakap kat taukey kedai tu... kalau saya, setakan tak beli ja dan maybe saya tak cakap pun kat taukeh kedai tu...

looks like your iman is tougher than mine :) Alhamdulillah...

FaEzHussain said...

Tuan Izhal,
Alhamdulillah Allah bg saya kekuatan utk mengeluarkan pertanyaan tersebut ptg itu...saya ni insan biasa, yg masih byk kelemahan diri... :)

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :