Wednesday, 10 May 2006

Dah Selamat Tiba

Alhamdulillah tetamu-tetamu istimewa saya selamat tiba ke Manchester Airport tanpa sebarang masalah. Ye betul tekaan Puan Syikin, tetamu-tetamu istimewa saya adalah parents saya, yang last saya jumpa January 2005. Terubat rindu di hati.

Perjalanan dari bertolak dari KLIA jam 12tengahari 9 May, dan tiba ke Heathrow Airport London, jam 6petang di hari yang sama. Melihatkan jam pernerbangan, seolah-olah hanya 6jam dalam kapal terbang, seperti pergi ke Alor Staq menggunakan PLUS agaknya, tetapi hakikatnya, 13jam duduk di kelas ekonomi.

Menurut mama saya, flight kali ke London, tak penuh. Banyak seats kosong. Pelik, sebab semasa mereka menempah tiket, agen memberitahu semua flight PENUH. Ada skandal kah di sebalik ini? Dan disebabkan ada nya connection flight ke Manchester, mereka tak perlu ambil beg di Heathrow. Bila tiba di Manchester pula, takde pun pegawai kastam yang selalunya sibuk nak check bag. Jadi, selamat lah segala ikan bilis, keropok, cili kering dan sebagainya.

Darwish dan Nabilah turut gembira dengan kehadiran PapaTok dan MamaTok mereka, walaupun Nabilah masih malu-malu (shy shy cat only). Hari ini juga, Nabilah dengan rasminya mula toilet training.

Dan essay saya masih belum habis...aduiiiii

9 comments:

Unknown said...

seronoknya dia! dapat jumpa famili.

PS: teringat pulak kat mak di kl nun..

Peragawati said...

AYO..SONOKNYA BERADA DI UK GITOO KELESS..

Literature Sushi said...

yea2x bole makang nasik dagang

NBK466 said...

Oh...rindunya den pada kehidupan di UK......

Izhal said...

wah stock pile keropok dah sampai... nasib baik takdak kastam nooo,ALhamdulillah...

parents in law saya terlepas dari kastam, batrang biasalah depa bawa dan ada yang sangat luar biasa... tau apa depa bawa??? ayam mentah 3 ekor dari malaysia... ini kalo kantoi takde maaf punya... ;)

mizzwanda said...

wah2 shok nya akak dpt jumpa parents..nway..eh akak nih org a.star ka?dr ismaliza tu nama cam familiar ja heh ..parents dia org a.staq ka if am not mistaken..heh

maklang said...

Best nya duduk kat UK now, sekarang ni kat Malaysia panas sangat....

Kaklong Syikin said...

seronoknya dpt jumpa parent yang dah setahun tak bertemu :)

oh ya, kesian kat Maklang sbb area tpt tinggal dia panas. tp alhamdulillah kami di lembah kelang ni hari2 hujan. hujan lebat pulak tu. dan biasa juga berselang seli ngn kilat sambung menyabung.

FaEzHussain said...

cikgu nizam rusli
teringatkan bonda yang di KL, pulanglah melawat....

cik paragawati
duduk di negara ade menarik ada yang tidak....biasa la tu

tuan reidzall
insyaAllah akan ada undangan nasi dagang...nanti saya announce

tuan nbk466
nanti bila ada flight murah, dtg la bercuti ke sini

tuan izhal
tergelak besar saya bila membaca yang PIL tuan bawak ayam mentah ke sana dengan selamatnya. syukurlah.

dr mizzwanda
ha'a dr ismaliza tu dari Alor Staq. dia exhousemate saya masa undergrad dulu dari 1st hingga ke abis

maklang
Sheffield minggu lepas panas, bg kami tersgt panas, tapi bg parents saya masih sejuk. minggu ni dah sejuk, hujan.

puan syikin
memang seronok sgt. lebih seronok bila anak2 pun dalam 24jam terus mesra dgn papa n mama Tok mereka.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :