Friday, 19 May 2006

Adui...

Dah lah mood saya sejak sehari-dua tidak tentu arah. Hari ni dapat pula comment dari seseorang anonymous yang seolah-olah menuduh saya tak bersyukur, kerja di sini dan taknak balik ke tanahair. Saya jadi nak marah pun ada, sedih pun ada. Iye la, satu jari dituding ke arah saya mengata yang bukan-bukan tanpa usul periksa, dan saya pasti dia ni tak pernah baca entry saya yang lepas-lepas.
Saya, sememangnya adalah bekas pelajar tajaan rakyat Malaysia. Enam tahun saya dibela dengan hasil keringat rakyat Malaysia. Saya hargai semua itu. Saya bersyukur saya terpilih. Pada tahun pertama dalam pengajian perubatan saya, seorang senior saya telah berpesan, apa yang saya dapat ketika itu adalah satu amanah dari Allah. Amanah untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya beroleh MBBS dan kemudian kembali berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang telah banyak berjasa kepada saya. Alhamdulillah saya dapat pikul amanah itu, dan berjaya menghabiskan pengajian saya dalam tempoh yang sepatutnya.

Kemudian saya mengambil keputusan untuk berkerja sebagai doktor pelatih di Australia selama setahun. Tujuannya untuk memudahkan saya mendapat pendaftaran dari General Medical Council di UK ini, untuk saya berkerja sementara menantikan suami saya habis Phdnya. Dan dengan ini, saya berharap ilmu kedoktoran saya tidak berkarat.

Rezeki saya di sini hanya setakat doktor locum (umpama doktor sandaran/cikgu sandaran) sahaja. Bukan kerja tetap, dan dalam 'training pathway' pun, belum tentu segala apa yang saya buat selama ini diambil kira. Saya cuba mendapatkan kerja tetap, supaya dengan itu saya akan dapat training post, dan memudahkan saya untuk menduduki peperiksaan untuk dijadikan tiket untuk specialist training. Tapi itu semua bukan rezeki saya di sini. Walau apa pun, saya bersyukur pada Allah sebab, saya masih beroleh perkerjaan walaupun hanya secara on dan off. Pengalaman yang saya timba ini, amat mahal untuk saya, sebab ia akan membantu saya apabila saya pulang kelak. Peperiksaan untuk ke arah specialist training juga saya cuba, tapi Allah belum beri rezeki untuk saya lulus kertas pertama. Saya akur akan kehendakNya, sebab saya percaya ada hikmah disebalik apa yang telah dirancangNya.

Ye memang, kerja doktor di sini, masa kerja nya agak terjaga. Kurang-kurang 40jam seminggu, itu kalau tidak ada oncalls. Tapi kalau ada, cuma sekali seminggu sehingga jam 10 malam. Dan akan ada doktor-doktor yang bertugas shift malam. Weekends, pun ada oncalls, juga mengikut shift. Walaupun demikian, tugas sebagai doktor, andai mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hinggakan saya, sering terbawa-bawa ke alam mimpi darihal patients saya. Dan dalam igauan saya, saya berbicara dalam bahasa inggeris (menurut cerita suami saya).

Sekarang ni, tugas saya sebagai doktor locum, yang hanya dipanggil bertugas bila ada kekosongan, jadi saya mempunyai banyak masa untuk bersama anak-anak. Itu hikmah yang saya nampak dariNya sekarang. Alhamdulillah.

Jadi, pada si anonymous yang telah memberi komen yang telah mengguriskan hati saya, sedarlah, andai nya anda doktor di Malaysia, anda sebenarnya lebih bertuah, biarlah gaji ciput as you said it, but you are giving back what was given to you. Dan hidup kena sentiasa bersyukur. Rezeki saya untuk berkerja 40jam seminggu dan mendapat gaji lebih banyak dari anda, saya bersyukur. Janganlah merasa cemburu pula. Dah rezeki saya. Saya pun hanya menumpang mencari pengalaman di negara orang. Azam saya, saya ingin membawa balik ilmu yang saya perolehi di sini untuk sama-sama saya kongsi dengan bakal-bakal doktor yang saya mahu didik. Buat pengetahuan anda, saya telah pun mengisi borang untuk kembali bertugas di Malaysia. Tunggu dan lihat sahaja lah.
Sekian
Dr Faezahtul Arbaeyah Hussain
B.Med Sc, MBBS (Tasmania)

10 comments:

Sya said...

Faez.. jgn bersedih, manusia memang mcm tuh sentiasa ada sifat yg tak suka kalau kita lebih dr mereka. Dan selalunya mereka ni pengecut dgn menggunakan Anon atau nama samaran.. I have been at yr place. Just ignore them

mizzwanda said...

aisehh..dah pi baca yg anony tu tulis..hmm ish mish ish mish..xpa kak.biasa ah tuh.dia jeles sama akak kuts heh think positive..

cerio2 slalu..suram2 nih satgi jerawat tumbuh laks.hehe merepek la plaks..wokes..keep on writing.dun bother wat ppl gonna say!okes..

Unknown said...

Kak faez, sabarlah...ada hikmah di sebalik semua tu. Si anony tu yg tak fikir panjang...mungkin disebabkan beban kerja di Malaysia, dan dia rasa gaji dia tak setanding dengan khidmat yang diberikan. Dia patut bersyukur masih boleh berada di tanahair sendiri, di samping sanak saudara terdekat. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tanah air sendiri....kan.

Ajzie said...

Faez,
Betui tuh kata Yus. Hujan emas dinegara orang masih lebih best lagi hujan air di Msia kan kan. Anyway be yourself and jujur pada diri sendiri. Itu yg lebh penting coz Allah maha mengetahui.

Salam
Ajzie

FaEzHussain said...

kak sya,
thanks. anon punya pasal menambah duka di hati, abis blogku jadik lawa. hasil bersengkang mata duk tambah itu ini...heheh.sampai yg nak bg komen pun kena ade blog account.

dr mizzwanda,
thanks. nanti bebila akak terlepaih ka tanjung, bley plan jumpak no. lama dah duk janji dengan ismaliza nak pi ghrumah dia, nanti bley skali aje lah. tak pun kita jumpak kat aloq staq, ghamai kawan duk situ, pun lama dah janji nak pi ziarah

yus,
thanks.harap2 yus bersabar dgn keadaan sekarang ni. kereta dah ok ker?

ajzie,
thanks. bila nak dtg UK? takat nak lodging takde masalah.

KAMATO said...

Tahniah dr atas semangat tu, jangan ambik hati sangat apa anony tulis, kalau dia betul dia letak nama dia, atau pun delete je senang...

Literature Sushi said...

kalau Anon tu jatuh sakit, dia pegi carik doktor juge... abaikan sahaja.. jangan tension2x, hari Ahad ni jom pegi car boot sale yea2x!

Kaklong Syikin said...

wah..makin cantik blog ni..siap gambar2 kat atas tu 'jalan-jalan' lagi.ahaks.

sabarlah ya..baguslah awak bagi explaination kat sini :)

sementara belum balik k msia tu, kita enjoy!!!!!!!!!!!!!

FaEzHussain said...

kamato,
terima kasih. suami saya juga turut beri semangat, kalau tak dah lama give up. :D

Raiezall,
yaa kita ke carboot ahad ni(kalau tak hujan). saya keje malam la start malam ni, utk seminggu. lepas abis shift ni, kita makang nasik dagang...

Syikin,
terima kasih. counter tu saya click kat ur blog utk cari link dia hehehe.
yaaa sebelum balik malaysia, kita enjoyyyyyy.

Kaklong Syikin said...

heehe..tak per tak per...

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :