Wednesday, 31 May 2006

Jalan-jalan

Hari Sabtu lepas, kami membawa mama dan papa saya berjalan-jalan di sekitar pekan Sheffield. Ramai jugak la rakyat Sheffield merendek di pekan ni. Pekan ni kecil kalau dibandingkan dengan Manchester atau London (definitely!).
Ada sorang mamat ni bermain gitar di luar Mark&Spencer department store. Darwish sempat menari sambil 'menikmati' lagu laungan mamat tu.
Inilah iklan bila musim summer, baju tak cukup kain. Berehat seketika sambil menikmati pisang. Size pisang cukup besar lebih kurang sama size pisang nangka di Malaysia, dan Darwish makan 2 biji!

Kami berjalan di sepanjang shopping area pekan Sheffield tu. Nasib baik cuaca pun ok, tak sejuk atau panas sangat.

Papa dan mama di depan Town Hall. Ada orang kawin kat situ. Hari ni takde pula demonstrasi depan Hall tu, selalunya ada lah orang bawa sepanduk.

Darwish posing depan kedai Laura Ashley. Saya tak pernah jejak kaki ke dalam kedai ni. Takut, harganya pasti tak kurang dari £10. Intai dari luar sahaja lah.

Sempena demam piala dunia, kedai sukan pamerkan muka footballers dunia kat tepi kedai. Ada nampak muka yang anda kenal?


Kami lunch di kedai kebab. Makan semua yang menaikkan cholesterol dalam darah. Apa nak buat, nak order nasi campur bukan nyer ada. Di sini ada kedai £1. Semua benda dalam tu dijual dengan harga £1. Masa musim xmas, kedai ni memang padat. Saya sempat beli roses, masa tu dah half price.

Celoteh di atas sepatutnya diiringi dengan gambar, tapi dah dekat 10kali saya upload, masih takde gambar. So lain kali la saya masukkan gambar, ni tgh bengang dah dengan blogger site ni. Apsal ni??????

1 comment:

Kaklong Syikin said...

uish..banyaknya Dr. punya entri saya tertinggal, tapi saya jawab yg atas dulu.

masuk jerlah dlm laura ashley tu..cuci2 mata :D

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :