Teringat nyanyian kanak-kanak
Nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk, malam berjaga
mencari cucu di mana ada
nenek pun kawin dengan anak raja
Kalau lagu ini untuk saya buat saat ini
Doktor doktor si penjaga wad
siang mengantuk malam berjaga
meng-admit patients yang mana ada
doktor dah kawin dengan anak orang yang rumahnya depan istana raja....
Malam ni malam ke 2
Tersiksa badan sekarang ni sebab jam biologi (pusingan hormone dalam badan dah bertukar arah, sebab waktu tidur bertukar) sudah pening.
Malam ke 2 selalunya malam yang pertukaran biological clockMalam seterusnya, pekerja shift malam akan rasa better.
Nenek yang saya ceritakan semalam tu, dah ditransfused darah sebanyak 2 unit, dan lagi 2 unit akan diberi malam ini. Dia kata dia rasa ok dah sikit hari ni.
Patient yang saya admit tadi, seorang pakcik yang confused. Dia pernah kena stroke. Sejak 2 hari lepas dia makin confused. Dan kerap membuang air kecil. Ini semua isteri dia yang bagitau saya. Tadi dia terconfused saya dengan cucu dia yang baru umur 10 bulan. Eh biar betul? Adakah saya ini terlalu muda comel umpama bayi yang dia boleh ter-mixed up tu. Ohhh rupa-rupanya, bunyi nama cucu dia lebih kurang bunyi nama saya. Terperasan sekejap. Doktorrr bangun!!!!!!!! Bukan nak kata apa, pernah juga saya ni disangkakan medical student atau patients tak percaya saya ni doktor, sebab kata mereka muka saya ni nampak muda bebenor. Oh doktor ini perasan lagi. Ok back to the patient, diagnosis saya dia ada urinary tract infection, so saya bagi dia antibiotic. Harap-harap bila cerah nanti, dia akan ok sikit dan tak demam lagi.
Maaf lah, kepala saya agak pening sikit malam ini.
Esok malam saya ok la kut. InsyaAllah.
7 comments:
fulamak, pakai ubat apa boleh nampak muda ni?
saya rasa, jika dibandingkan org barat ngan org timur, muka2 org barat ni wlwpun nampak cantik n putih, tp lbh nampak tua berbanding umur merekakan? so, no wonder depa fikir doktor muda lagi.:)
tpkan..masa gambar FH ngan parents n anak2 tu, mmg nampak cun lg drp gambar FH ngan cik abe kat profile :)
Awet muda rupanya doc ni..... tak payah la suntik apa2 lagi...hehehe..
Faez,
Ada petua ker awet muda Dr? Cuba Faez tgk You Tube..Petua Awet Muda Ziana Zain..hihi terketawa saya sendiri..
Salam
rupanya yang selalu saya pening2 tu kerana terganggu dengan jam biologi dan pusingan hormon. eh lelaki pun boleh terganggu ke?
ps: saya baru terbaca entry yang kutuk2 itu. rupanya dr. faez pun selebriti popular hingga diganggu anony yang jeles.
mula-mula kerja malam memang cam tu dr, dah biasa nanti ok la... tapi tang awet muda tu kena kongsi kat kawan2
tuan izhal,puan syikin,tuan BP,puan Ajzie,tuan nizam dan tuan kamato,
heheh petua 'awek muda' saya takde mende pun, tapi saya rasa sebab diri muslim yg wajahnya sentiasa dibasahi air wuduk, ramai muslim kat sini muka mereka nampak lebih muda dari omputeh2 sebaya. itu pengamatan saya.
satu lagi, sentiasa senyum (walaupun kekdg kena deal dgn patients dan misi2 yg byk songel)
dan cam saya ni byk nganggur dari keje, so itu pasal kut, awek muda..(kepala tak stress dgn keje..hehe)
puan syikin, jgn puji lebih2 kang terprasan plak, itu camera trick aje tu. bersyukur dgn kurnia Allah.
puan ajzie, nanti saya bukak you-tube tu bila berkesempatan. skarang balik rumah asyik lalok jek.
cikgu, org laki pun ade gak hormone ni, namanya cortisol. mlm2 level hormon ni rendah, and siang2 tinggi. tapi bila dah time tidur pun tertukar, jadinya ia rendah di waktu siang, dan tinggi pd malam, tak ke pening badan jadiknya.
Post a Comment