Oohh dah siang rupanya, jam komputer menunjukkan 0618. Lagi 3 jam mau kerja, lepas itu boleh balik tidur.
Malam ke 6 (Rabu/Khamis)
Busy sungguh. Dari jam 9 malam hingga beberapa minit yang lalu, baru la habis admit patients.
(Mm tengah menulis ni pun ward sister dan misi bertanya itu ini.)
Patient terakhir yang saya admit untuk malam ini, adalah seorang pakcik yang ada chest infection. Minggu lepas dia dah masuk ward untuk masalah yang sama, tapi selepas tak puas hati dengan infectious control sister, dia self-discharged. Pastu petang semalam dia ke klinik neurology sebab kaki dan tangan dia tiba-tiba cramp ( dia ada masalah neurology juga), then dorang check la darah dia, semuanya abnormal. So itu pasal dia ke mari. Punya la banyak dia nak bercerita dari A ke Z, sampai saya 3-4 kali potong cakap dia, dan juga 2-3 kali saya tersengguk (betul ke eja?) sebab saya amat-amat mengantuk time tu. Tengok katil pakcik tu, alangkah enaknya jika dapat baring di situ. Tapi, keputusan yang saya ambil untuk treatment pakcik ni, saya buat bila saya hilang mengantuk la.
Malam ke 5 (Selasa/Rabu)
Malam semalam kecoh la sikit. Bermula dengan hand-over dari team siang. Saya tengokkan list, yahuuu takde patients menanti. Baru duduk-duduk lepas amik darah makcik ni (potassium dia tinggi, 6.8, normal level bawah 5.6), bleep saya berbunyi. Ada seorang GP nak refer patient, sebab suspect malaria. Belum dia habis cerita, saya cakap sama dia, dia salah orang, sebab ada SHO infectious disease. Best hospital ni, infection exotic macam ni, bukan orang general medicine yang handle, bagi kat speciality yang berkaitan. Belum sempat saya letak telefon, bleep saya berbunyi lagi, HO saya minta saya tolong review seorang pakcik ni yang sesak nafas.
Complex sungguh pakcik tu. Sepanjang malam saya dok risau tentang dia (walaupun saya dapat gak terlelap untuk beberapa ketika). Sedang saya duk menulis dalam notes pakcik tu, bleep saya berbunyi kata ada cardiac arrest kat Q floor. Nak lari naik tangga dari M floor ke Q, akan pasti menyemputkan saya. So saya naik lift, malam-malam lift laju sebab takde orang. Sampai-sampai saya tengok 'cardiac arrest team' hanya beberapa orang misi dan 3 orang doktor. Yang saya tengok misi-misi agak kalut ke sana ke mari, tak tentu arah. Bukan la nak kata saya hero, tapi saya terpaksa gak arahkan sorang buat itu dan ini. Cik kak yang patut jaga timing asyik hilangkan diri, dah la saya takde jam tangan. Yang buat CPR dan menjaga airways menjalankan tugas yang baik. Saya ambil darah dan arahkan seorang misi ni untuk gi analysekannya, kalut dia bertanyakan, kat mana nak buat. Even time nak shock kan pakcik tu (dah arwah) pun, gel pads (pads yang letak atas dada sebelum bagi shock) pun takde kat atas trolley. Selepas 45 minit kami berikhtiar, semua bersetuju, pakcik tu dah takde. Untuk pertama kalinya, saya lihat cardiac arrest yang amat kalut. Mungkin sebab hospital ini amat jarang sekali ada cardiac arrest. Bukan saya nak kata misi-misi itu kurang cekap, tapi iye la bila dah jadi keadaan macam tu, boleh jadi panik gak ooo.
Ooo pakcik yang sesak nafas itu, malam tu dia dapat tidur, tapi bila saya check dia jam 630am tu, dia sesak nafas. Sebabnya dia tanggalkan tube oxygen dia.
Makcik yang potassium dia tinggi tu, walau kami dah bagi ubat untuk rendahkan K dia, masih tak jadi. Akhirnya (menurut ward sister) petang semalam dia cardiac arrest, dan tak dapat diselamatkan.Wokeh la, saya kena pura-pura busy ni...:D... (nak bagi hilang mengantuk!)
4 comments:
Baca entri dr. ni membuatkan saya kena lebih menghargai kesihatan yang ada.huhu..den tongah sakit gigi ni, esok or sabtu akan p dentist semula.tgh amik pain killer n antibiotik.ni sakit gigi pun rasa tak tertanggung, apatah lagi pakcik n makcik tu yg sakit lagi terukkan.hmm..nikmat kesihatan kena hargai.Bila2 masa Allah tarik balik apa yg Dia pinjamkan.
huhu doktor, saya terpaksa tukar bunga tu sbb dah merajuk tak mo keluar.
hari2 boleh tengok orang mati dan orang sakit... kadang2 ngeri nak baca blog Puan Doktor...
Puan syikin
sakit itu Allah bagi nak uji kita.
sakit gigi tu, byk2 la bersabar.
Bunga cantik ros indah dipandang.
Tuan izhal,
hehehe...nanti saya bukak citer lain. Hidup dan mati sakit kan lumrah alam.
Post a Comment