Tuesday 9 May 2006

Ayuh Jalan-jalan

Seperti yang saya janjikan dulu, inilah dia photos model mini Europe semasa kami di Legoland tempoh hari. Semua ni dibuat dari lego.

London, England
Rumah Queen, Buckingham Palace.
Kesibukan Trafalgar Square. Pigeons takde berterbangan.
Big Ben di tepi Sungai Thames
Stadium Wembley, sekarang ini dalam proses diperbaik-pulih dengan imej baru tetapi belum siap-siap.


Tower Brigde








Edinburgh, Scotland
Di atas bukit terletaknya istana lama Edinburgh. Di lembah bawahnya, bandar tersebut terbahagi kepada dua, old town- bangunan semua antik dan klasik, new town-bangunan model moden.
Scotland yang banyak lomond (lake), cantik negeri ini, tapi kami berjaya jejak ke Glasgow dan kawasan sekitarnya sahaja.





Wales
Istana Caerphilly, yang terletak somewhere di Wales. Utara Wales terkenal dengan pantai dan istana lama mereka. Kalau ke Wales, tanda-tanda jalan semua ada dalam 2 bahasa, satu Queen's english dan satu lagi Welsh.
Cardiff indah nyaman, di pinggiran pantai.



Sweden
Kami tak pernah sampai lagi ke sini. So takleh banyak cerita. Dengarnya, sejuk aje di sana.









France
Salah sebuah pekan di Peranchis yang jadi laluan Tour De France. Sayang takde model Eiffel Tower di sini. Paris, memang cantik. Saya suka akan architecture nyer. Paris expensive, nak beli souvenier pun kena fikirkan poket.
Parisians yang suka bersantai sambil menikmati expresso yang pekat likat.







Belgium
Ini model bangunan di Brussel. Kami hanya jejak kaki di Bruges, bandar di pinggir pelabuhan. Cantik pekan itu, banyak hasil lace dan juga emboidery yang boleh membuatkan gelap mata, tapi disebabkan poket jadi ukuran, takde la nak shopping sakan.





Holland


Negara di bawah air. Amsterdam, cantik di kelilingi canals.
Basikal banyak sekali di bandar ni.







Italy
Pisa dan Florence di Tuscany, memang cantik. Barangan kulit menyebabkan mata jadi kabur, tapi kelulusan jadik ukuran (nak beli lady briefcase kulit, tapi masih belum jadi specialist, so niat dibatalkan).
Venice amat romantis (saya menyambut birthday masuki dekad ke3 di sini, best...). Barangan kaca jadi kilauan, tapi yang menarik ialah pasarnya yang penuh seafood, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Naik water-bus sehingga walau seminggu di darat masih rasa lantai beralun-alun.

Denmark
Negara yang mencetuskan kontroversi satu dunia baru-baru ini.
Negara asalnya Lego. Tapi disebabkan saya dah book holiday ni sebelum perkara itu berlaku, saya teruskan juga rancangan ke sini. Lagipun sudah berjanji dengan anak-anak.

Kincir angin menjana elektrik.








Jom kita terbang ke US sekejap....

Melawat NASA, John F Kennedy Space Center dan juga ke Mt Rushmore.












Lain-lain negara di Eropah, tiada dalam mini Europe ni.

4 comments:

Izhal said...

Ya-Allah,lego rupanya... kalau tak click gambar besar,sure nampak macam 'the real thing'...

Kaklong Syikin said...

kreatifnya depa..cantik2 pulak hasilnya. tq siap ngan info sekali :)

FaEzHussain said...

encik izhal

ha'a, kami pun terpegun melihat mini towns ni, even anak2 saya tanak bergerak sebab asyik melihat train, kereta, kapal dan juga bus bergerak.

syikin
sama-sama.

Anonymous said...

best la..explanation pon best..macam pemandu pelancong plak..hhee

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :