Tuesday 16 May 2006

Colchester-London-Oxford


Selepas sahaja saya habis essay saya dalam jam 2pm Jumaat, dan kami makan tengahari, kira-kira jam 3.30 kami memulakan perjalanan kami. Tak ingat saya, sampai di mana ntah, kami terpaksa berhenti sebab hubby saya mengantuk yang amat sangat (kesan sampingan dari makan nasi tengahari). Kali ini, saya tak sempat mengambil gambar awan sebab kepala saya pening (juga kesan sampingan dari membuat essay minit terakhir+makan nasi tengahari).
Gambar, padang bunga kuning yang digunakan untuk membuat vegetable oil.

Colchester adalah satu bandar yang terletak di dalam county Essex ( di sebelah timur England). Papa saya, masa tahun 1987 dulu, dia bercuti sabbatical di sini. Untuk memenuhi permintaan dia, kami ke sana. Seronok dapat mendengar papa saya bercerita darihal Colchester hampir 20 tahun dahulu dan sekarang. Memang banyak perubahan. Bila tiba di perkarangan rumah yang kami pernah duduki dahulu, kami mengambil gambar. Disebabkan cahaya agak kurang, kami guna flash, hinggakan makcik yang empunya rumah itu, menyingkap langsir dia, mengintai siapakah stangers yang sedang berposing depan rumah dia. Kami cepat-cepat blah.

Beraksi di depan rumah lama. 1987, 4 orang anak; 2006 bersama satu-satunya cucu lelaki (untuk takat ini)


Saya pernah bersekolah di situ selama 3 bulan. Masa saya masuk tu, seingat saya, kena test spelling. Cikgu puji saya, sebab spelling saya agak bagus. Kelas art, saya cukup suka. Konon-kononnya macam la pandai melukis. Kelas yang paling tak suka, PE, sebab lepas tu kami semua dikehendaki shower di sekolah sebelum balik. Saya malu sungguh, dan sentiasa bagi alasan pada cikgu PE, kata saya balik mandi kat rumah la, itu la ini la. Lagipun bukan budaya kita mandi beramai-ramai. Bila peperiksaan akhir, saya antara top student, bukan terrer sangat pun, tapi saya rasa budak-budak omputeh ni agak kurang rajin, kut.

Malam itu, kami tidur di Travelogde Basildon, kira-kira 20 batu selatan Colchester (menghampiri London). Untuk pertama kalinya, saya dan suami membawa rice cooker untuk adventure kami kali ini. Wah malam itu, dinner kami nasi panas.

Esoknya kami ke London. Nasib baik, navigatornya agak cekap (iaitu saya heheh), kami selamat berjumpa Stanford station, yang juga ada covered parking. Kami menaiki tube(keretapi bawah tanah) ke tengah kota London. Dalam beberapa minit saja kami tiba ke Oxford Street. Kawasan shopping yang popular di London. Hari tu ada kemalangan di jalan itu menyebabkan kesesakan yang amat sangat, hinggakan bas pun terpaksa en-route.

Terpaksa lah kami menaiki tube, yang jalan menuju ke kawasan tube itu, banyak anak tangga. Dan escalatornya tersangatlah curamnya, saya takut untuk berpusing melihat ke belakang. Saya tak tau berapa dalam ke bawah tanah jalan tube ni. Semasa perang dunia ke 2, ini adalah kawasan refugee untuk the Londoners, semasa London dihujani bom dari negara musuh. Kagum sungguh saya, betapa mereka betul-betul maintain kemudahan ini. Sekarang ini, banyak kerja baik pulih dilakukan untuk upgrade kemudahan ini, umpamanya diadakan lifts untuk kemudahan orang yang menggunakan wheelchair dan juga stroller baby. Peristiwa 7 Julai tahun lepas, membuatkan banyak signboard yang mengingatkan penumpang agar memberitahu petugas sekiranya, terdapat suspicious baggage left unattended. Menurut hubby saya yang ke London pada 9 Julai, iaitu 2 hari selepas London dibom, keadaan di sana adalah seperti hari-hari biasa. Seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

Kami ke Trafalgar Square, yang dalam proses baik-pulih. Burung-burung merpati pun tak banyak. Yang menarik perhatian kami adalah, peristiwa bagaimana pegawai peronda council sedang cuba untuk memujuk seorang pakcik yang mabuk dan homeless ini untuk beredar dari kawasan orang ramai. Hingga polis pun di panggil untuk selesaikan hal ini, sebab pakcik itu tak nak berkerjasama (gambar kiri). Gambar kanan, statue Nelson yang sepatut ada di atas puncak menara, tiada sebab diturunkan untuk di'gilap'.

(Sambung 17hb Mei-entry tergendala kerana banyak sebab).

Kami pusing-pusing London menaiki bus juga. Ke Westminster Parliment House, Big Ben dan juga ke Tower Brigde

3 generasi di depan Tower Brigde.

London Eye dari pelbagai sudut.

Tak pernah naik lagi Mata London ni. Satu pusingan tak silap ambil 30minit. Disebabkan saya ni jenis gayat, takde la nak naik Mata ni rasanya.

Oxford

Terletak kira-kira 40batu dari London, mengarah ke north-west. Kami bermalam di Peartree Travelogde di outskirt of Oxford. Lawatan kami ke pekan Oxford, hanya untuk 2 jam. Tempat yg dituju adalah kedai barangan universiti Oxford.


Darwish bergaya di depan kedai, sementara menunggu papa tok, mama tok dan ayah beli barangan Oxford University.

Di hadapan salah satu college di Oxford.

Saya berkesempatan untuk membeli 2 buah buku palliative care, yang insyaAllah digunakan untuk masa depan career saya (ataupun sekadar menghiasi bookshelf saya sahaja). Tak banyak gambar di Oxford sebab bateri phone saya habis dan juga bateri camera mama saya pun hampir habis.

Kami selamat tiba ke Sheffield petang itu. Alhamdulillah.

Proses toilet training cik Nabilah tergendala. Mungkin saya teruskan bila kepala saya sudah kurang stress dengan coursework dan bila exam saya habis.

5 comments:

KAMATO said...

Selamat bercuti, sekarang ni cuaca cukup sesuai utk berjalan

Kaklong Syikin said...

beshnya jalan2...
saya rasa parent FH paling seronok sbb dpt mengimbau kembali memori indahkan?

oh..kiranya kecik2 dulu FH pernah duduk kat uk nilah ya..

eh, bila tgk gambor FH terbaru ni, nampak lebih slim berbanding yg dlm profile tu :)bahkan saya rasa FH ni kecil orangnya..hehee

parent berapa lama bercuti di sana?

FaEzHussain said...

kamato,
nasib baik weekend cuaca ok. nak jalan2 jauh weekend jek sebab anak sekolah

syikin,
duduk UK jap aje masa tahun 87 tu, 3 bulan jek. saya kecik org nye?? hahah itu camera trick tu...hehehe

parents saya di sini sebulan, lepas tu in-laws plak sampai yeahhh

Ajzie said...

Best nye jln2. Kami teringin gak nak gie UK, tp masa lum mengizinkan. Husband busy sesgt sekrang nih. Exam pun dah dekat. Insyallah sebelum kami balik ke Msia mungkin kami ke sana.

Salam

Izhal said...

Hello Puan Doktor,
Subway sana nampak inviting dan selamat nooo... tak macam new york city punya... Ayah doktor dulu sabatical??? academician ka dia???

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :