Sunday 7 May 2006

Majlis Ilmu

Semalam kami berkumpul di rumah seorang kakak ini, untuk majlis yasin dan usrah. Alhamdulillah, semenjak sebulan lepas, majlis ini dah dihidupkan kembali, selepas terberhenti selama beberapa bulan.

Menurut email, program patut bermula jam 2 petang, tapi macam biasalah, bukan majlis rasmi, so startnya agak lewat. Saya pun hadir agak lambat, kira-kira jam 4petang (kena settlekan anak-anak dulu-alasan biasa). Tapi majlis bacaan belum pun bermula, sebab-sebab masalah teknikal. Selepas bacaan yasin, salah seorang dari kami membuat presentation (takde la powerpoint). Tajuknya menarik 'Cara mendidik anak-anak', berasaskan dari ayat-ayat 13-19 surah Luqman.
Di bawah ni saya summarised kan ilmu yang saya dapat.


13]Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Ajar anak kita tentang Allah. Tentang kebesaranNya. Contoh yang penyampai bagi ialah bila kita dan anak kita lihat daun2 jatuh dari pokok, dan angin meniup-niup daun tu, kita tanya la anak kita, ada nampak angin tak?pasti jawapan yang diberi tak nampak. So di sini kita, instill kan, Allah tu kita tak nampak, tapi Dia ada. Dan juga, contoh tanda kita jadikkan nafsu itu tuhan ialah bila kita melayan mata yang mengantuk, di saat yang sepatutnya kita bangun solat subuh. (Sekarang ini dugaan besar di sini sebab subuh masuk 320pagi, abis jam 5pagi, dan semakin hari semakin awal, manakal isyak 1030malam dan semakin lewat). Sebelum tidor semalam saya praktikkan ilmu ini pada anak lelaki saya, kami bercerita tentang moon dan stars, saya cakap "Allah is watching us, Allah is there". Darwish menunjukkan dinding "There?" ulpss..saya pun betulkan ayat "You can't see Him, but He can see us".


[14]Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[15]Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Menghormati ibubapa kerana Allah. Dan sebab-sebabnya telah diberikan dalam ayat itu. Contohnya, kalau ibu kita mahukan kita telepon dia hari-hari, tapi kalau kita buatnya sebab kita tak nak ibu kita bising/marah, bukan kerana Allah, maka pahalanya kita tak dapat. Dan taatilah mereka unless disuruh mensekutukan Allah, contoh yg diberi, macam mak kita bagi kain berbalut, isinya kita taktau, dan berkata, 'nah amik kain ni, semoga dengan ini kamu lulus Phd'. Tak perlulah kita percaya yang kain itu boleh meluluskan Phd kita, nanti syirik pula. Dan walau mereka berlainan agama (bagi mereka yang peluk Islam dan agama parents mereka tak sama), tetap lah hormat dan layan kedua ibu bapa seperti biasa. Begitu indahnya Islam ini.


[16](Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Then kita ajarlah anak-anak kita, walau apa pun yang kita buat ni, sebijik atom pun, walau cuba dilindungi dengan apa saja, Allah tetap tahu. Jadi dengan itu, kita harap, anak-anak kita akan behave dan tidak berani nak membuat hal-hal yang tak patut.


[17]"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Sesudah pemahaman tauhid kita serapkan dalam diri anak-anak kita, baru la dibuat pesanan ke 4, untuk dirikan solat, berbuat baik dan menjauhi kemungkaran. Secara logiknya, kalau kita bising-bising yang anak-anak kita tak buat hal-hal ibadat ini, tanpa pemahaman kenapa mereka kena buat itu semua, so susah lah jadiknya untuk di laksana, kan? Dan juga, macamana nak meng expose anak-anak kita kepada solat dari awal? Kebanyakkan kita, bila nak solat, pesan kat anak-anak jangan kacau atau solat di bilik lain. Kan? Saya pun berbuat demikian, kadang-kadang. Tapi yang selalunya, saya biarkan aje mereka bermain-main di dalam bilik yang sama, sebab semoga dengan melihat saya bersolat, kelak mereka akan ikut. Alhamdulillah, mereka kadang-kadang meniru pergerakkan solat. Ada satu masa, anak saya sujud dan tak bangun-bangun, sebab tertidur. Sedangkan Rasullullah pun, bila cucu baginda memanjat baginda semasa baginda tengah sujud, banginda tidak bangun-bangun hingga cucu baginda berlalu. Bila para sahabat bertanya, jawab baginda, 'aku biarkan, sebab dia masih belum puas bermain..' (begitu la lebih kurang ayatnya). Dan ajarkan mereka bersabar dengan segala nikmat dan dugaan dari Allah.


[18]"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Dan kita ajarlah anak-anak kita jangan eksyen. Nanti ibadat pun tak diterima. Lagipun eksyen-eksyen ni bukan ada faedahnya, Allah tak suka, kawan pun tak ramai.

[19]"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Dan gaya berjalan tu, kena steady, jangan laju sangat, jangan slow sangat. dan juga, jaga suara kita. Time nak order ayam dari penjual, jangan la buat suara manja-manja pula kan? Tak logik la kan. Baik suara bermanja-manja dengan suami dapat juga faedahnya dan juga pahala kiranya dibuat kerana Allah. Dan diperbandingkan dengan kaldai, sebab suara kaldai kan membingkitkan telinga. Menurut penyampai tazkirah ini, suaminya yang di Mesir, bercerita tentang kaldai di sana. Betapa, Allah jadikkan makhluk ini tanpa setitik akal pun, sebabnya, kalau kita berdiri di depan kaldai yang sedang berjalan, ia takde idea camne nak corner kiri atau kanan, tapi jalan straight aje, so kita yang di depan akan di sondol-sondolnya.



Begitulah, serba sedikit ilmu yang saya dapat petang semalam.
Selepas itu, majlis takruf pula, kami 're-berkenal-kenalan' semula, sebab ada muka-muka baru dalam majlis itu. Highlight selepas itu, ialah menghabiskan pot luck yang kami bawa.
Semuga, dapat kita memperbaiki diri kita dan juga cara kita mendidik anak-anak di zaman yang penuh cabaran ini. Wallahu'alam.

4 comments:

Kaklong Syikin said...

Alhamdulillah. tq for the ilmu. refresh apa yang dah lama dipelajari. tinggal nak praktik or idak.

nampak senangkan...tpi nak implement tu mmg menguji iman sungguh sbb nafsu amarah kita besar, iman senipis kulit bawang.

bab solat tu mmg betul, biarkan anak2 nampak kita solat.tergelak saya bila faez citer anak tertidur terus masa sujud tu.

betul, kita mmg kena kenalkan anak dgn Allah sejak kecil lagi. supaya mrk tau mreka ada pencipta.

Izhal said...

bagus ni... especially tang syirik... actually perbuatan syirik ni Allah larang keras bukan akan merugikan manusia dari segi ekonomi dan masa... kalau kita percaya kita melawat satu tempat boleh lulus PhD bayangkan masa yang dah rugi untuk ke situ. dan kalau tersebut contohnya sebatang pokok jauh di USA, bayangkan berapa banyak belanja nak dihabiskan. kalau ramai pulak orang yang percaya syirik lulus PhD ini, sebagai satu kumpulan, banyak betul duit dan masa habis. siapa yang untung? syarikat gergasi kapal terbang untung dari tambang. syaitan untung sebab rugi masa manusia...

simah said...

salam perkenalan..

Thanks for sharing the knowledge..saya yg memang tak pergi usrah kat mana mana ni boleh la dapat ilmu kan?

.. dengan budak budak penuh kat situ... ibu ibu sanggup datang join usrah...tabik..tabik..

FaEzHussain said...

syikin...
itu la, kita ni kan kena sentiasa ingat mengingati...asyik leka aje kan?

izhal...
betul tu.sebut pasal phd ni, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. kesian gak saya lihat hubby saya bertungkus lumus nak siapkan thesis dia, yg dapat saya bantu ialah typekan references dia, tapi itu masih terbengkalai hehe...

simah
selamat berkenalan.
oo kanak-kanak di majlis usrah ini time mereka merapatkan silaturrahim, bermain sama2...hampir semuanya melayu malaysian, tapi antara mereka sendiri bercakap dalam BI, tergelak melihat gelagat dorang.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :